Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Fingo Sdn Bhd Menyasarkan menjadi penyedia Platform Applikasi beli Belah Online Ecommerce Ketiga Terbaik malaysia

peluangbiz4u 21:08 Add Comment
buat duit di fingo


Fingo Sdn Bhd, operator pasaran e-dagang sosial menyasarkan untuk menjadi penyedia platform dalam kalangan tiga terbaik di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Fingo Malaysia, C S Lee, berkata sasaran itu bakal dipacu menerusi penawaran aplikasi yang komprehensif menggunakan platform S2B2C (pembekal ke perniagaan ke pengguna).

Katanya, platform yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram juga menjadikan Fingo berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.

“Sebagai permulaan, kami menjangkakan 500,000 pembeli akan menggunakan Fingo menjelang akhir tahun ini. Ketika ini sudah 200,000 muat turun sudah direkodkan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Fingo di sini, hari ini.

Fingo dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.


Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo, Dong Fang dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fingo, Wang Nan.

Lee berkata, menerusi platform itu juga, setiap ahli yang mendaftar boleh mengakses secara meluas pilihan barangan serta pembekal berkualiti daripada Tmall dan Taobao, selain membuka peluang keusahawanan baru di Malaysia menerusi sistem ganjaran ahli.

Katanya, syarikat itu mensasarkan untuk meneroka pasaran e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia selain peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

“Model perniagaan S2B2C menggunakan pilihan data yang besar untuk berinteraksi, dan bersosial dengan ahli Fingo.

“Permintaan mengenai maklumat, ramalan fesyen serta trend membeli akan digabungkan dengan rantaian bekalan domestik dan antarabangsa bagi mewujudkan platform S2B2C yang cekap agar dapat mengatasi model perniagaan e-dagang yang wujud ketika ini,” katanya pada sidang media pelancaran Fingo di sini, hari ini.


Sementara itu, Fang berkata, Fingo memilih Malaysia sebagai pangkalannya adalah kerana kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan persekitaran perniagaan selari dengan penggunaan teknologi digital yang tinggi seperti media sosial dan pasaran e-dagang atas talian.

Katanya, ekosistem terbaik itu menjadi platform ideal untuk Fingo memberi satu pengalaman e-dagang baru kepada pengguna di rantau ASEAN.

“Kami yakin bahawa Malaysia adalah pilihan tepat untuk kami berkembang kerana hasil kajian, daripada 32 juta jumlah populasi di negara ini, sebanyak 25.08 juta daripadanya adalah pengguna internet aktif atau kira-kira 79 peratus dari jumlah populasi,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan besar di dalam e-dagang adalah penambahbaikan di dalam kecekapan serta membuka jenama pasaran dan saluran baru untuk para pengguna menikmatinya.


Katanya, secara khususnya penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerana e-dagang boleh membantu peniaga mendapatkan pasaran besar dengan kos yang rendah dan pantas.

“Kami mengalu-alukan semua PKS tempatan yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan digital mereka dengan kami.

“Fingo akan membantu dengan menggunakan sepenuhnya platform yang disediakan bagi menyokong PKS tempatan dan memanfaatkan semangat keusahawanan di kalangan orang Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kian Ming berkata, pengendali platform e-dagang diminta mempromosikan produk buatan Malaysia bagi mengembangkan perniagaan syarikat tempatan tidak hanya di peringkat domestik, tetapi pasaran eksport.

“Kami menjemput peserta industri e-dagang untuk menggunakan platform sedia ada di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bagi mengembangkan capaian bukan saja kepada mereka, malah dapat membantu usahawan tempatan khususnya PKS mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


SIGN UP FREE APPPLIKASI FINGO DISINI  UNTUK MULA BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE DIRUMAH





Searches related to fingo


  • fingo alibaba
  • fingo founder
  • fingo news
  • fingo shop
  • fingo login
  • fingo app
  • fingo seller
  • fingo mlm
  • buat duit dengan fingo
  • cara buat duit dengan fingo
  • cara daftar fingo
  • fingo sdn bhd
  • fingo scam
  • fingo penipu
  • income fingo
  • cara keluarkan duit dari fingo
  • cara beli di fingo
  • cara bayar di fingo
  • janawang di fingo
  • apa itu fingo
  • bagaimana cara buat duit dengan fingo
  • cara upgrade ke prefer shopper di fingo



Bila Kami Tukar Perbelanjaan Hangus Kami Menjadi Pendapatan Pasif,Ini Yang Kami Perolehi!!

peluangbiz4u 11:09 Add Comment

Saya nak Sharing bagaimana perbelanjaan hangus kita iaitu perbelanjaan bil astro,bil eletrik,bil tm,bil unifi,bil postpaid dan perbelanjaan topup  yang dari dulu sampai sekarang kita bayar kepada mereka ,kalau dikira-kira balik mencecah ribuan ringgit tapi hari ini kita boleh tukar ia menjadi pendapatan setiap 10 hari sekali berkali-kali dan menjimatkan wang kita.

Jadi dengan cara ini bukan sahaja anda tidak perlu lagi usik duit gaji malah boleh guna duit tersebut untuk perbelanjaan lain,memang berbaloi ,kalau kene gayanya siap boleh saving lagi....

Dah ramai yang mengambil peluang dengan mengubah cara pembayaran perbelanjaan hangus menjadi pendapatan..... dan hari ini masing-masing merasainya..... 

Jika anda berminat dan ingin tahu ,anda boleh download laporan percuma disini ,khas saya share untuk anda semua,tak perlu bayar 1sen pun untuk download dan bayar...
Mungkin ini yang anda cari-cari selama ini. DOWNLOAD DISINI.






3 Tips Hebat Yang Diguna Pakai Oleh Tiga Jutawan Ini Membuatkan Mereka Berjaya

peluangbiz4u 10:41 Add Comment

Siapakah tidak kenal tiga individu hebat ini, Dato’ Aliff Syukri, Dato Seri Vida dan Puan Rita Sosilawati, nama-nama ini sudah pasti dalam majoriti masyarakat Malaysia tidak kira lapisan masyarakat.

Nama-nama mereka ini gah dimainkan di media dan kerana pemasaran yang mereka pilih inilah membuatkan nama mereka dikenali ramai.

Ketiga-tiga individu ini terkenal dengan tagline masing masing iaitu "Terlajak Laris' bagi Dato’ Aliff Syukri, "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh" bagi Dato Seri Vida dan "Nampak Lawa, Nampak Lawa Dia Pakai NV" bagi Puan Rita Sosilawati.

Ada yang menyatakan rasa tidak senang hati dengan gelagat mereka ini, tetapi tahukan kita bahawa ini adalah strategi pemasaran mereka untuk berjaya seperti sekarang.

Kalau dikenali mereka ini bukanlan individu yang sombong, mereka juga melakukan kerja-kerja amal, kalau dilihat Dato’ Aliff Syukri, dia membuka pengajian pondok di Kelantan, jika dilihat ruang makan di rumahnya, begitu mewah tetapi apabila makan beliau lebih suka bersila atas lantai.

Bagaimanakah ketiga-tiga individu ini boleh berjaya dalam masa yang sama? sedangkan ketiga-tiga mereka ini menjadikan produk kecantikan sebagai perniagaan utama.

Seorang lelaki bernama  Khairul Hakimin Muhammad telah berkongsikan 3 tips berguna yang telah diguna pakai oleh tiga individu hebat ini untuk berjaya, dan apa yang menarik perhatian SK mereka ini tidak menjatuhkan satu sama lain sebaliknya berbincang bersama-sama untuk melihat perniagaan masing-masing berjaya bersama-sama.

Jom kita baca tips yang amat berguna ini yang ditulis oleh beliau.

Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.

Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:


1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!
Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.


Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia.

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah.

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri.

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.


2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana.

Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin.

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.


Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi.
Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!
Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah.
Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. B

Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.

Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan,

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.

Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.

Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja.

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.

source - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.



Daripada Peniaga Suplement Online Kepada Usahawan Telekomunikasi Jana RM480,000

peluangbiz4u 06:54 Add Comment


Puan Rozita umur 32 tahun , dulunya hanya peniaga suplement online seperti jamu , produk slim , dan produk kecantikkan wanita . So sebulan boleh lah buat income RM1000 ke RM1500 je .

Tidak pernah terlibat dengan mana2 busines networking . Tetapi bila beliau joins mymi dari husband beliau dan beliau sangat terkejut selama 6 bulan pendapatan beliau terkumpul sebanyak RM480,000 . Dan now focus dalam program mymi1 dan sudah melahirkan ramai insan2 berjaya bersama beliau

Sememangnya produk yang dikeluarkan Mymi1 merupakan produk keperluan masa kini dan permintaannya setiap hari memang tinggi.. 

Nak join dan nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp 017 4968623..



Related incoming search item:

  • Mymi1 Global
  • perniagaan mymi1
  • buat duit mymi1
  • jana income pasif 2016
  • syarikat mymi1
  • maklumat mymi1
  • usahawan mymi1
  • bukti pendapatan mymi1
  • cara join bisnes mymi1

Bagaimana Penjual Nasi Lemak Ini Berpendapatan RM3500 Sebulan Tanpa Masak Sendiri

peluangbiz4u 16:24 Add Comment
Nota Editor: Kisah ini diceritakan oleh Puan Rafiza Idayu, seorang usahawan makanan melalui jenama Amazing Ayu Food. Semoga kisah ini menjadi pembangkit semangat untuk kita terus berusaha dalam meningkatkan ekonomi keluarga.




KISAH KAK LINA
Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari.
Kak Lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu.
Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala lauk pauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri.
Rupa-rupanya, dia mengambil semua daripada kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker.

Siapa kata nak berniaga kena buat sendiri produk?
Adakah saya buat sendiri semua produk di kedai saya? Giant, Tesco, dan Aeon antara syarikat konglomerat yang kaya-raya dengan hanya menjual produk orang lain.
Kita yang baru nak mula bisnes, mula kecil-kecil dahulu. Impian biar besar. Nanti bisnes kita akan besar macam impian kita.
Puan guru pesan, kajian psikologi ke atas mereka yang berjaya adalah mereka yang memang kuat berangan dan kuat berusaha.
Amazing Ayu Food memang mempunyai hala tuju untuk memasarkan produk-produk usahawan dari seluruh negeri untuk pasaran di Lembah Klang dalam pelan jangka pendek.
Dalam pelan jangka panjang mestilah ke peringkat global. Itulah salah satu sebab anak-anak dimasukkan ke sekolah Cina. Teringat kata-kata orang lama, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.




Saya suka baca article dekat blog Thevocket sebab menarik ,
Nak baca Tajuk lain boleh klik dekat bawah
Source: Thevocket