Aplikasi Facebook Lite Bersaiz 1MB di Perkenalkan Facebook Untuk pengguna Intenet yang Perlahan

peluangbiz4u 06:30

Facebook memperkenalkan Facebook Lite, aplikasi Facebook varian terbaru yang ditujukan khas untuk pengguna-pengguna Facebook yang mempunyai sambungan internet yang perlahan dan berada didalam rangkaian 2G.

Lebih menarik, aplikasi itu cuma bersaiz 1MB sahaja untuk dimuat turun tetapi mempunyai kebolehan penuh seperti aplikasi Facebook biasa.



Aplikasi Facebook Lite ini direka khas untuk negara-negara membangun yang mana mempunyai kelajuan internet yang perlahan.

Di dalam aplikasi versi ringan ini, pengguna masih lagi boleh membaca "News Feed", mengemaskini status, bergambar, notifikasi dan pelbagai lagi kemudahan lain seperti aplikasi Facebook biasa.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »